Friday, 12 October 2012


                            KELEBIHAN SELAWAT TAFRIJIYAH
                                              
                                         
Fadhilat Selawat Tafrijiyah

Antara kebaikan pengamal selawat ini:-

1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan


 Imam ad-Dainuri r..a.
  1. 11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
  2. 41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
  3. 100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
  4. 313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
  5. 1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.

Imam Qurtubi r.a.

41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.

Imam Sayyidi Muhammad Khafi r.a.

Baca 4444 x dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh; Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.
 
 1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 kali setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, rezekiny tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41kali atau 100 kali, Allah akamenghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.


3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 kali setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.


4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 kali akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan

akhirat.   


  1. Selawat yang melepaskan segala permasalahan, tak kira apabila kita sakit, disihir, masalah perniagaan, inginkan pelaris dan bergantung pada niat kita.Sesuai dengan kelebihan berselawat
  2. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 X ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
  3. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 X setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  4. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 X sehari, Insyaallah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita
  5. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 X pada air dan minum. Insyaallah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
  6. Berselawat 33 X sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  7. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
  8. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
  9. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 X setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
  10. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 X setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
  11.  Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya
  12. Membaca selawat 10 X pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
  13. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 X selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
  14. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 X sehari.
  15. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 X tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, Insyaallah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
  16. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
  17. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
  18. Membaca selawat 1000 X selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya
  19. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 X pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.
  20. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat .



No comments: