Saturday, 20 October 2012

penat menasihati tapi tetap ingkar

DENGKI ...... VIRUS BERBAHYA








                                     dengki..... ape tu.... kenapa setiap orang ada perasaan dengki... xkira lah orang tu lebih atau kurang dari die ..tetap jugak nak dengki....ape ganjaran yang kita dapat kalau berdengki. 

 a. dapat pingat
 b. dapat sijil penyertaan.
 c. dapat gelaran '' datuk''
 d.  dapat ( fikir x2 lah sendiri) 

 bukan dapat ape-ape pun.... tapi kenapa penyakit ni macam virus terus attack manusia, xkira dapat ape pun kita hidup.


Sebagai orang Islam yang beriman, kita perlulah mengelakkan diri dari mempunyai penyakit hasad dan dengki. Sememangnya penyakit tersebut juga tergolong dalam dosa besar di sisi Islam.

| Sebagai seorang manusia ada kalanya kita tidak terlepas dari mempunyai sifat hasad dengki terhadap orang lain.  Penyakit ini menjadi popular kerana ia merupakan penyakit yang paling banyak dihidapi oleh masyarakat kita pada hari ini. Pantang nampak orang senang, ada sahaja dengki yang ingin dilakukan.








Jika ia tergolong perbuatan yang dapat menghapuskan segala pahala kita sudah tentu ia termasuk dosa, bahkan tergolong dalam dosa besar. Dengki terhadap orang lain termasuk menyakitinya, dan di dalam Al-Quran dengan jelas menyebutkan bahawa dengki atau menyakiti orang lain itu termasuk ke dalam dosa besar.
Firman Allah SWT maksudnya: “Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata”. (Al Ahzab ayat 58).





No comments: